MR. A


Mr.A,

Awak, sejujurnya saya nak cakap yang saya rindu sangat kat awak. Tapi semua tu saya mampu cakap dalam hati je. Dari jauh. Awak tahu tak, kadang-kadang saya rasa nak call atau mesej awak macam selalu, Mungkin sebab saya dah terbiasa buat macam tu sejak dari kita kenal lagi.  Macam awak kata dulu, mesti nak dengar suara sebelum tidur. Seriously, I miss you so much sayang.

Tapi saya terpaksa tahan semua rasa tu . Hanya mampu cakap dalam hati je. Mungkin sekarang ni awak tak rasa apa yang saya rasa sekarang. Mungkin awak dah lupakan saya sebab awak dah ada pengganti. Saya mampu pandang awak dari jauh je walaupun hati saya menjerit nak cakap apa yang saya rasa sekarang dekat awak tapi mungkin tu semua dah tak bermakna lagikan pada awak. Semoga awak bahagia sayang. :')


                                             



MUNGKIN

Mungkin apa yang terjadi sekarang ni ada hikmahnya. Aku tahu Tuhan menguji aku atas sesuatu yang aku mampu untuk aku tempuhi bukannya di luar kemampuan aku.Ini mungkin yang terbaik untuk aku, siapa tahukan?

Memang. Memang aku masih rindukan dia. Masih menyayangi dia. Masih mencintai dia. Tapi semua memori yang aku lalui bersama dia, akan aku padam satu per satu.Ya, hanya padamkan semua memori tu tapi bukan aku melupakan kau.

Lama-lama nanti, aku mesti boleh biasakan diri tanpa kau. Mungkin. Ramai yang kata kalau kau benar-benar cintakan aku, tak mudah untuk kau lupakan aku tapi mungkin terlalu mudah bagi kau. Kau hanya membalascinta orang lain hanya dengan sekelip mata. Ini ke bukti yang kau pernah janjikan dulu?
" Dah tak ada hati lagi dah".. Aku akan ingat sampai bila-bila. Kata-kata kau tu semua aku jadikan semangat untuk aku terus melupakan semuanya. 

Tak mengapa. Aku pun semakin pulih. Pulih dari segala kesakitan yang aku
hadapi sekarang. Aku kena kuat. Ya kena kuat. 

PASTI

" Allah tak semestinya memberikan apa yang kita mahu,
tapi Allah pasti memberikan apa yang kita perlu. "

DUGAAN

Memang aku down bila dapat tahu benda tu semua. Hati ni aku rasa hancur berkecai.
Dunia ni aku rasa macam berhenti seketika. Dada ni aku rasa sesak sangat, sakit, pedih.
Aku yang rasa semua tu.

Masa aku jatuh tersungkur, aku ingat aku tak ada sesiapa ada dengan aku. ADA.
Bukan satu bukan dua tapi ramai. Aku lupa yang aku masih ada ayah, mak, kakak,
abang2 aku dan sahabat. Mereka yang hulur tangan untuk aku bangun bukan terus
terduduk meratap rasa sakit tu.. Aku juga lupa ada Allah yang sentiasa ada
mendengar rintihan hambaNya ini. Mungkin ini dugaan dari Allah untuk
menguji aku. Sesungguhnya Dia maha mengetahui segala yang tersembunyi.

Mereka ni semua yang ada bagi sokongan, tak henti-henti bagi semangat pada aku
yang entah hilang kemana. Aku sendiri pun tak tahu. Mereka bukan ada di belakang
aku tapi di sisi aku. Sentiasa ada waktu aku memerlukan. Tak putus-putus bagi aku
semangat untuk terus melawan rasa yang teramat sakit ni. Tak tertanggung rasanya.

Tapi sampai bila aku harus rasa sakit ni. Sampai bila? Mak kata jawapannya ada
pada aku sendiri. Sama ada aku harus bangkit atau terus meratap kesedihan.
Aku rasa ini tak adil untuk aku lalui tu semua, tapi siapa aku untuk melawan
takdir?

Aku tahu mak juga merasa tempiasnya. Melihat keadaan aku yang hanya ada jasad
tapi rohnya entah hilang ke mana. Aku tahu mak juga menangis saat melihat air mata
aku terus mengalir tanpa henti. Seolah-olah tiada noktah.

Lama-lama aku sedar yang aku harus bangkit untuk terus melawan rasa sakit ni,
jika aku biarkan makin bertambah parah. Sakit yang teramat. Dengan semangat
baru aku bangun untuk melawan rasa sakit ni, Aku tak akan mengalah. Aku janji.

TIBA-TIBA

Assalammualaikum semua..

Alhamdulillah, hari ni 15 Ramadhan. Masih penuh lagi puasa aku.
Syukur.. :) Tiba-tiba aku rasa nak aktif ber-blog semula.. Entahlah.
Tiba-tiba rasa macam tu. Mungkin rasa ni hanya seketika.. Entahlah.