RESULT FINAL YEAR

Selepas hampir 3 bulan meninggalkan kolej, baru hari tu dapat jejakkan semula kaki ke sana.
Semata-mata untuk ambil temporary trancript dan result. Alhamdulillah, dapat result yang tak
disangka-sangka sebab masa final presentation tu aku rasa down sangat. Hancur berkecai.
Dengan report yang entah apa aku merepek dalam tu, tapi tak sangka dapat result yang
amat tak disangka.. Syukurrr.

Lepas dah settle hal tu semua, jumpa sekejap dengan lecturer akaun dan audit kiteorang.
Mintak pendapat IPTA dan IPTS mana yang bagus untuk sambung pengajian nanti.
Ada yang ambil keputusan nak kerja, ada yang nak sambung study lagi. Aku?
Masih keliru lagi nak sambung yang mana dulu. hehehe Inshaallah, Allah maha
mengetahui mana yang terbaik untuk hambaNya.

Perut dah berentak irama rock, ape kagi cau ar cari tempat makan.. Sambil makan
borak-borak apa plan masa depan. hehehe bertukar-tukar pendapat. Daripada cerita
nak sambung study dekat mana langsung melalut ke cerita lain.. hahaha
Lawak yang tak masuk dek akal pun.. Tak apa tu semua boleh release tension.
Rindu korang. Inshaallah, kalau ada rezeki bulan ramadhan ni kita berbuka puasa
macam tahun lepas sama-sama okeyy. :) xoxo

No comments:

Post a Comment