RAMADHAN YANG KE.14

Assalammualaikum..

Sekian lama tak update blog tetibe rasa rindu yang teramat sangat.. cewahh
Alhamdulillah, hari ni hari yang ke-14 umat Islam berpuasa.. Beryukur ke Hadrat Ilahi
kerana masih diberi peluang untuk menikmati bulan Ramadhan yang mulia ni.
Sabtu lepas dapat berbuka puasa beramai-ramai bersama keluarga besar.
Meriah sangat.. :) Mengeratkan lagi hubungan siraturrahim yang telah terjalin.

Tapi bila bulan puasa macam ni, rindu nak berpuasa dengan arwah nenek dan Acu.
Rindu dengan suasana kampung. Rindu nak tangkap ayam bersama sepupu sampai
tergolek-golek.. Rindu nak naik motor keliling kampung, Rindu nak main
kejar-kejar atas rumah papan sampai arwah Wan menjerit " Jangan lariiiii, roboh umah
Wan ni karang". Dasar budak nakal, makin ditegur makin dibuat. hehehe

Cuma satu yang paling aku bosan kalau balik kampung sebelah ayah sebab aku
tak ada sepupu perempuan yang sebaya dengan aku. Kalau ada pun memang tak
layak dibuat kawan. Sebab apa? sebab mereka mereka tu semua dah tua bagi
aku unutk dibuat kawan.. muahaha Ada sepupu lelaki pun suka menyakat je.
 Bosan.

Arwah Acu je yang rajin melayan aku ni.. Dia satu-satunya pak cik kesayangan aku.
Sentiasa melayan kerenah aku.. Rindu sangat dekat Acu.. :'(  Arwah Acu yang
banyak mengajar aku untuk jadi budak kampung. Port yang paling aku suka bila
dah sampai kampung, mestilah mengerjakan buah-buahan kat depan rumah tu.
Panjat pokok, tak padan dengan anak dara. Duduk atas pokok sambil makan
buah rambutan dan langsat. Agak poyo kalau ada sepupu lelaki tak pandai
panjat pokok.. hahaha Bila dia mintak buah rambutan sikit, biji rambutan yang
aku bagi.. hahahaha nakal sungguh kamu ni.

Tapi tu semua sembilan tahun yang dulu.. Aku pun makin meningkat dewasa.
Kenangan tu semua menjadi pengubat rindu aku.. Rindu sangat-sangat nak
bermanja dengan arwah Wan dan Acu..  Moga roh kalian aman di sana dan
ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah..

No comments:

Post a Comment