RAMADHAN YANG KE.14

Assalammualaikum..

Sekian lama tak update blog tetibe rasa rindu yang teramat sangat.. cewahh
Alhamdulillah, hari ni hari yang ke-14 umat Islam berpuasa.. Beryukur ke Hadrat Ilahi
kerana masih diberi peluang untuk menikmati bulan Ramadhan yang mulia ni.
Sabtu lepas dapat berbuka puasa beramai-ramai bersama keluarga besar.
Meriah sangat.. :) Mengeratkan lagi hubungan siraturrahim yang telah terjalin.

Tapi bila bulan puasa macam ni, rindu nak berpuasa dengan arwah nenek dan Acu.
Rindu dengan suasana kampung. Rindu nak tangkap ayam bersama sepupu sampai
tergolek-golek.. Rindu nak naik motor keliling kampung, Rindu nak main
kejar-kejar atas rumah papan sampai arwah Wan menjerit " Jangan lariiiii, roboh umah
Wan ni karang". Dasar budak nakal, makin ditegur makin dibuat. hehehe

Cuma satu yang paling aku bosan kalau balik kampung sebelah ayah sebab aku
tak ada sepupu perempuan yang sebaya dengan aku. Kalau ada pun memang tak
layak dibuat kawan. Sebab apa? sebab mereka mereka tu semua dah tua bagi
aku unutk dibuat kawan.. muahaha Ada sepupu lelaki pun suka menyakat je.
 Bosan.

Arwah Acu je yang rajin melayan aku ni.. Dia satu-satunya pak cik kesayangan aku.
Sentiasa melayan kerenah aku.. Rindu sangat dekat Acu.. :'(  Arwah Acu yang
banyak mengajar aku untuk jadi budak kampung. Port yang paling aku suka bila
dah sampai kampung, mestilah mengerjakan buah-buahan kat depan rumah tu.
Panjat pokok, tak padan dengan anak dara. Duduk atas pokok sambil makan
buah rambutan dan langsat. Agak poyo kalau ada sepupu lelaki tak pandai
panjat pokok.. hahaha Bila dia mintak buah rambutan sikit, biji rambutan yang
aku bagi.. hahahaha nakal sungguh kamu ni.

Tapi tu semua sembilan tahun yang dulu.. Aku pun makin meningkat dewasa.
Kenangan tu semua menjadi pengubat rindu aku.. Rindu sangat-sangat nak
bermanja dengan arwah Wan dan Acu..  Moga roh kalian aman di sana dan
ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah..

SEANDAINYA

Setiap apa yang berlaku
Pasti ada hikmahnya
Dan setiap apa yang terjadi
Memberi satu pengajaran
Untuk ku teruskan hidup ini
Yang memberiku satu makna

Akan ku tabahi semuanya
Ujian telah pun nyata
Biarpun perit akan ku telan
Dengan wajah senyumku
Dan ku berdoa
Moga Tuhan beri ku bahagia

Maafkan diriku ini oh kasih
Seandainya melukakan hatimu
Janganlah dibenciku
Ku hanya insan biasa yang keliru

Jikalau ku dapat berterbangan tinggi
Akan ku pergi ke hujung dunia ini
Maafkan diriku lanjurku mempamit
Ku hanya ingin bahagia
Kembalilah padaku ku rayu padamu

STATUS

Saya tak contact awak bukan bermakna saya dah lupakan awak tapi saya nak bagi ruang untuk kita berdua fikirkan keputusan yang terbaik.. Awak tahu tak apa yang saya rasa selama kita tak contact ni? Rindu, sedih, kecewa. Perasan tu dah bercampur baur.
Saya tahan diri saya daripada berhubung dengan awak. Seboleh yang mungkin saya tak nak sentuh handphone tu tapi... entahlah. Bila saya baca status awak dengan facebook tu, saya kecewa. Mungkin awak akan kata yang awak tak mention nama saya dekat situ tapi orang sekeliling awak tak bodoh untuk tahu siapa gerangan 'DIA' yang awak katakan tu. Fikirlah. Kalau orang tanya apa status sekarang. Hanya mampu tersenyum. Senyuman yang menyimpan seribu satu rasa.

3 Tahun

Assalammualaikum..

Sedar tak sedar, 3 tahun dah berlalu.. Rasa macam semalam baru mulakan sesi kuliah di kampus.
Alhamdulillah, presentation dan final report latihan industri segalanya berjalan dengan lancar..
Dah mula rindukan suasana kampus, kawan-kawan dan pensyarah..Perasaan tu dah bercampur antara sedih dan gembira. But, I have to move on. I promise will remember all the memories. Always hoping to see them again, maybe someday. :)

CUTI SEMESTER

Yes, dah cuti sem. Siapa yang tak suka an bab-bab cuti ni. Semua orang suka..
Dalam masa sebulan ni plan nak kerja cari duit sikit daripada aku duduk rumah membesarkan
badan yg sememangnya dah montel ni, baik aku keje an.. hehehe Betul tak?


Cuti tak sampai seminggu lagi member dah cakap result final exam dah keluar cuma tak rasmi je lagi.. Whatttttt? dah keluar?
Adoyai, baru nak tarik nafas lega dah jadi nervous balik.. Teringat plak apa yang aku jawab
masa exam hari tu.. Aishhh.. gelisahnye tak usah cakap ar.. Semua benda nak buat ada je yang tak kena..
Harap result kali ni aku tak tersasar lagi macam sem-sem yang lepas.. Amin..