MR. A


Mr.A,

Awak, sejujurnya saya nak cakap yang saya rindu sangat kat awak. Tapi semua tu saya mampu cakap dalam hati je. Dari jauh. Awak tahu tak, kadang-kadang saya rasa nak call atau mesej awak macam selalu, Mungkin sebab saya dah terbiasa buat macam tu sejak dari kita kenal lagi.  Macam awak kata dulu, mesti nak dengar suara sebelum tidur. Seriously, I miss you so much sayang.

Tapi saya terpaksa tahan semua rasa tu . Hanya mampu cakap dalam hati je. Mungkin sekarang ni awak tak rasa apa yang saya rasa sekarang. Mungkin awak dah lupakan saya sebab awak dah ada pengganti. Saya mampu pandang awak dari jauh je walaupun hati saya menjerit nak cakap apa yang saya rasa sekarang dekat awak tapi mungkin tu semua dah tak bermakna lagikan pada awak. Semoga awak bahagia sayang. :')


                                             



MUNGKIN

Mungkin apa yang terjadi sekarang ni ada hikmahnya. Aku tahu Tuhan menguji aku atas sesuatu yang aku mampu untuk aku tempuhi bukannya di luar kemampuan aku.Ini mungkin yang terbaik untuk aku, siapa tahukan?

Memang. Memang aku masih rindukan dia. Masih menyayangi dia. Masih mencintai dia. Tapi semua memori yang aku lalui bersama dia, akan aku padam satu per satu.Ya, hanya padamkan semua memori tu tapi bukan aku melupakan kau.

Lama-lama nanti, aku mesti boleh biasakan diri tanpa kau. Mungkin. Ramai yang kata kalau kau benar-benar cintakan aku, tak mudah untuk kau lupakan aku tapi mungkin terlalu mudah bagi kau. Kau hanya membalascinta orang lain hanya dengan sekelip mata. Ini ke bukti yang kau pernah janjikan dulu?
" Dah tak ada hati lagi dah".. Aku akan ingat sampai bila-bila. Kata-kata kau tu semua aku jadikan semangat untuk aku terus melupakan semuanya. 

Tak mengapa. Aku pun semakin pulih. Pulih dari segala kesakitan yang aku
hadapi sekarang. Aku kena kuat. Ya kena kuat. 

PASTI

" Allah tak semestinya memberikan apa yang kita mahu,
tapi Allah pasti memberikan apa yang kita perlu. "

DUGAAN

Memang aku down bila dapat tahu benda tu semua. Hati ni aku rasa hancur berkecai.
Dunia ni aku rasa macam berhenti seketika. Dada ni aku rasa sesak sangat, sakit, pedih.
Aku yang rasa semua tu.

Masa aku jatuh tersungkur, aku ingat aku tak ada sesiapa ada dengan aku. ADA.
Bukan satu bukan dua tapi ramai. Aku lupa yang aku masih ada ayah, mak, kakak,
abang2 aku dan sahabat. Mereka yang hulur tangan untuk aku bangun bukan terus
terduduk meratap rasa sakit tu.. Aku juga lupa ada Allah yang sentiasa ada
mendengar rintihan hambaNya ini. Mungkin ini dugaan dari Allah untuk
menguji aku. Sesungguhnya Dia maha mengetahui segala yang tersembunyi.

Mereka ni semua yang ada bagi sokongan, tak henti-henti bagi semangat pada aku
yang entah hilang kemana. Aku sendiri pun tak tahu. Mereka bukan ada di belakang
aku tapi di sisi aku. Sentiasa ada waktu aku memerlukan. Tak putus-putus bagi aku
semangat untuk terus melawan rasa yang teramat sakit ni. Tak tertanggung rasanya.

Tapi sampai bila aku harus rasa sakit ni. Sampai bila? Mak kata jawapannya ada
pada aku sendiri. Sama ada aku harus bangkit atau terus meratap kesedihan.
Aku rasa ini tak adil untuk aku lalui tu semua, tapi siapa aku untuk melawan
takdir?

Aku tahu mak juga merasa tempiasnya. Melihat keadaan aku yang hanya ada jasad
tapi rohnya entah hilang ke mana. Aku tahu mak juga menangis saat melihat air mata
aku terus mengalir tanpa henti. Seolah-olah tiada noktah.

Lama-lama aku sedar yang aku harus bangkit untuk terus melawan rasa sakit ni,
jika aku biarkan makin bertambah parah. Sakit yang teramat. Dengan semangat
baru aku bangun untuk melawan rasa sakit ni, Aku tak akan mengalah. Aku janji.

TIBA-TIBA

Assalammualaikum semua..

Alhamdulillah, hari ni 15 Ramadhan. Masih penuh lagi puasa aku.
Syukur.. :) Tiba-tiba aku rasa nak aktif ber-blog semula.. Entahlah.
Tiba-tiba rasa macam tu. Mungkin rasa ni hanya seketika.. Entahlah.

RESULT FINAL YEAR

Selepas hampir 3 bulan meninggalkan kolej, baru hari tu dapat jejakkan semula kaki ke sana.
Semata-mata untuk ambil temporary trancript dan result. Alhamdulillah, dapat result yang tak
disangka-sangka sebab masa final presentation tu aku rasa down sangat. Hancur berkecai.
Dengan report yang entah apa aku merepek dalam tu, tapi tak sangka dapat result yang
amat tak disangka.. Syukurrr.

Lepas dah settle hal tu semua, jumpa sekejap dengan lecturer akaun dan audit kiteorang.
Mintak pendapat IPTA dan IPTS mana yang bagus untuk sambung pengajian nanti.
Ada yang ambil keputusan nak kerja, ada yang nak sambung study lagi. Aku?
Masih keliru lagi nak sambung yang mana dulu. hehehe Inshaallah, Allah maha
mengetahui mana yang terbaik untuk hambaNya.

Perut dah berentak irama rock, ape kagi cau ar cari tempat makan.. Sambil makan
borak-borak apa plan masa depan. hehehe bertukar-tukar pendapat. Daripada cerita
nak sambung study dekat mana langsung melalut ke cerita lain.. hahaha
Lawak yang tak masuk dek akal pun.. Tak apa tu semua boleh release tension.
Rindu korang. Inshaallah, kalau ada rezeki bulan ramadhan ni kita berbuka puasa
macam tahun lepas sama-sama okeyy. :) xoxo

HURT

Ya Allah, if I hurt others,
Please give me strength to apologize,
But if people hurt me,
Please give me strength to forgive.
Amin.

RAMADHAN YANG KE.14

Assalammualaikum..

Sekian lama tak update blog tetibe rasa rindu yang teramat sangat.. cewahh
Alhamdulillah, hari ni hari yang ke-14 umat Islam berpuasa.. Beryukur ke Hadrat Ilahi
kerana masih diberi peluang untuk menikmati bulan Ramadhan yang mulia ni.
Sabtu lepas dapat berbuka puasa beramai-ramai bersama keluarga besar.
Meriah sangat.. :) Mengeratkan lagi hubungan siraturrahim yang telah terjalin.

Tapi bila bulan puasa macam ni, rindu nak berpuasa dengan arwah nenek dan Acu.
Rindu dengan suasana kampung. Rindu nak tangkap ayam bersama sepupu sampai
tergolek-golek.. Rindu nak naik motor keliling kampung, Rindu nak main
kejar-kejar atas rumah papan sampai arwah Wan menjerit " Jangan lariiiii, roboh umah
Wan ni karang". Dasar budak nakal, makin ditegur makin dibuat. hehehe

Cuma satu yang paling aku bosan kalau balik kampung sebelah ayah sebab aku
tak ada sepupu perempuan yang sebaya dengan aku. Kalau ada pun memang tak
layak dibuat kawan. Sebab apa? sebab mereka mereka tu semua dah tua bagi
aku unutk dibuat kawan.. muahaha Ada sepupu lelaki pun suka menyakat je.
 Bosan.

Arwah Acu je yang rajin melayan aku ni.. Dia satu-satunya pak cik kesayangan aku.
Sentiasa melayan kerenah aku.. Rindu sangat dekat Acu.. :'(  Arwah Acu yang
banyak mengajar aku untuk jadi budak kampung. Port yang paling aku suka bila
dah sampai kampung, mestilah mengerjakan buah-buahan kat depan rumah tu.
Panjat pokok, tak padan dengan anak dara. Duduk atas pokok sambil makan
buah rambutan dan langsat. Agak poyo kalau ada sepupu lelaki tak pandai
panjat pokok.. hahaha Bila dia mintak buah rambutan sikit, biji rambutan yang
aku bagi.. hahahaha nakal sungguh kamu ni.

Tapi tu semua sembilan tahun yang dulu.. Aku pun makin meningkat dewasa.
Kenangan tu semua menjadi pengubat rindu aku.. Rindu sangat-sangat nak
bermanja dengan arwah Wan dan Acu..  Moga roh kalian aman di sana dan
ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah..

SEANDAINYA

Setiap apa yang berlaku
Pasti ada hikmahnya
Dan setiap apa yang terjadi
Memberi satu pengajaran
Untuk ku teruskan hidup ini
Yang memberiku satu makna

Akan ku tabahi semuanya
Ujian telah pun nyata
Biarpun perit akan ku telan
Dengan wajah senyumku
Dan ku berdoa
Moga Tuhan beri ku bahagia

Maafkan diriku ini oh kasih
Seandainya melukakan hatimu
Janganlah dibenciku
Ku hanya insan biasa yang keliru

Jikalau ku dapat berterbangan tinggi
Akan ku pergi ke hujung dunia ini
Maafkan diriku lanjurku mempamit
Ku hanya ingin bahagia
Kembalilah padaku ku rayu padamu

STATUS

Saya tak contact awak bukan bermakna saya dah lupakan awak tapi saya nak bagi ruang untuk kita berdua fikirkan keputusan yang terbaik.. Awak tahu tak apa yang saya rasa selama kita tak contact ni? Rindu, sedih, kecewa. Perasan tu dah bercampur baur.
Saya tahan diri saya daripada berhubung dengan awak. Seboleh yang mungkin saya tak nak sentuh handphone tu tapi... entahlah. Bila saya baca status awak dengan facebook tu, saya kecewa. Mungkin awak akan kata yang awak tak mention nama saya dekat situ tapi orang sekeliling awak tak bodoh untuk tahu siapa gerangan 'DIA' yang awak katakan tu. Fikirlah. Kalau orang tanya apa status sekarang. Hanya mampu tersenyum. Senyuman yang menyimpan seribu satu rasa.

3 Tahun

Assalammualaikum..

Sedar tak sedar, 3 tahun dah berlalu.. Rasa macam semalam baru mulakan sesi kuliah di kampus.
Alhamdulillah, presentation dan final report latihan industri segalanya berjalan dengan lancar..
Dah mula rindukan suasana kampus, kawan-kawan dan pensyarah..Perasaan tu dah bercampur antara sedih dan gembira. But, I have to move on. I promise will remember all the memories. Always hoping to see them again, maybe someday. :)

CUTI SEMESTER

Yes, dah cuti sem. Siapa yang tak suka an bab-bab cuti ni. Semua orang suka..
Dalam masa sebulan ni plan nak kerja cari duit sikit daripada aku duduk rumah membesarkan
badan yg sememangnya dah montel ni, baik aku keje an.. hehehe Betul tak?


Cuti tak sampai seminggu lagi member dah cakap result final exam dah keluar cuma tak rasmi je lagi.. Whatttttt? dah keluar?
Adoyai, baru nak tarik nafas lega dah jadi nervous balik.. Teringat plak apa yang aku jawab
masa exam hari tu.. Aishhh.. gelisahnye tak usah cakap ar.. Semua benda nak buat ada je yang tak kena..
Harap result kali ni aku tak tersasar lagi macam sem-sem yang lepas.. Amin..

STUDY WEEK

Yeahhh study week.. Ape lagi packing-packing barang apa yang patut cabut balik kampung...
Kalau nak stay seminggu kat hostel memang tak dapatlah.. Asyik blackout je, memang spoil gile kalau
time tu tengah buat assignment tak pun tengah study untuk exam..  Mulut ni daripada elok menghafal ilmu rasa macam nak mencarut je.. Free free dapat dosa dah..  Aishhh sabar je ar..
Selagi tak habis exam, selagi tu rasa tak bebas.. Tak sabar nak tunggu saat nak hembuskan nafas "kelegaan" keluar daripada dewan exam..  Fuuhhhhhh Akan aku nantikan saat itu.. hahahaha
Anyway, wish me luck.. Hopefully, dapat jawab exam dengan tenang dan semoga Allah S.W.T permudahkan segalanya.. Amin.. :)
Kepada kawan seperjuangan, mari kita bertempur di "medan perang" bermulanya 9 May 2012..
Good Luck bebeh.. Study smart..


CUP CAKE

Hari tu baru teringin nak makan cup cake,, Dah lama tak makan punya pasal, and finally I get it.. wuhhuuu


See, how sweet is J. A bagi cup cake yang cute miut tu..
Love2 bagai, nak perli ler tu..hahaha

       J. A pesan suruh gantung keychain tu kat beg.. So, bila aku sentuh atau terpandang keychain tu nanti, aku akan teringat kat dia.. waaaa nak nangis pun ada bila baca mesej die sebab tiba-tiba teringat lagi setahun je nak habis study then akan bawa haluan masing-masing..  Entah dapat jumpa lagi ke tidak dengan kawan-kawan kolej time tu.. Insyaallah kalau ade rezeki kan :)
   Misi seterusnye nak tuntut janji-janji manis especially from my musuh friend forever (MFF).. Sapa lagi kalau bukan Nad dengan Ina.. wuhuuu tak sabar den.. hahaha

HAPPY BIRTHDAY ATIKAH ALI

Assalammualaikum.. :)


    Akhirnya dapat jugak update blog kali ni. Rindu nak membebel kat blog aku ni haa..Alhamdulillah, 21 March 2012 hari tu genap sudah aku berumur 20 tahun.. Bersyukur sangat-sangat masih berkesempatan bernafas di muka bumi Allah S.W.T yang indah ni.. 

       "Happy Birthday Iyka, umur dah 20 thn, dah boleh kawin dah" "dah tak remaja" bla.. bla. bla
tu ler antara ayat2 yang aku dengar masa tu.. Ehh tolong sikit bukan dah tak remaja tau tapi dah makin dewasa.. Kau hado?, yang hado yo.. hihihi Hal yang berkaitan kahwin tu nanti dulu, lambat lagi kot.. Semuanye aku serahkan pada Allah S.W.T.. Kalau ade jodoh tak kemana kan.. Tak sampai seru lagi..hehehe

Terima kasih banyak-banyak atas segala doa-doa korang tu.. Aku amin kan aje mana yang baik tu.. Mintak2 
termakbul ar ye.. Amin.. Sorry ye pada sesiapa yang mesej tapi aku tak balas, bukan sombong tapi
time tu busy sikit sebab ada keje nak kena settle kan.. Btw, thanks a lot pada sape yang wish tu..
Tu tandanye korang ingat kat aku an.. Terharuuuu :'( Yang penting tak kena paling tepung, telur, kunyit and bla.. bla. bla.. kalau tak dah boleh buat cekodok dah.. hahaha
Tak dapat lagi nak makan kek banana chocolate ni..
Sayang... nk kek ni... :)

    

STRESS


Hai blogger.. How is your life today? Hope everything is going well..
How about me? Alhamdulillah.. So far so good.. =)
Minggu ni aku rasa busy sangat.. Yelah dah minggu midterm exam kan..
Kalau dah minggu exam tu, tak payah tanya ar pasal tido cukup ke tidak..
Confirm ar aku jawab TIDAKKKKK..    Dah macam final exam plak aku rasa cara aku study.. (--,)

Time nak exam ni ar sibuk dengan presentation nye, assignment, report, final project lagi dan bla.. bla..
Rasa nak pecah otak aku ni wey.. arghhhhhhhh Sabar Iyka, sabar... Dugaan tu semua..
Dah nama pun student kan.. memang ni ar nasib kau.. tak pe tak pe.. Setahun je lagi nak habis..
Lepas tu ape lagi hooreeyyyy :) *kejap je ar.. then, sambung degree.. Insyaallah..
Bila hati dah gundah gulana, ape lagi calling2 ar my mum.. yang jauh di mata, sentiasa dekat dihati..
wwwaaaaaaa... :'( belum sempat cerita lagi dah meraung mengalahkan my nephew..hahahha
Dari situ boleh nampak, luaran nampak brutal tapi dalam hati ade taman.. cewahh.. 

Tapi Alhamdulillah semuanye dapat aku harungi satu per satu walaupun macam-macam dugaannye.. 
Allah SWT tu suka kalau hambanya bersabar dengan segala ujian dariNya.. Selepas aku berusaha, bertawakal, aku redha dengan apa yang akan terjadi lepas ni..Harap semuanya yang terbaik..

*Thanks a lot to my family especially my mum and my dad.. tak penah putus bagi semangat dan doakan yang terbaik untuk anakandamu ini..Tak lupa jugak my bestfriend and my beloved.. Love u all... muahhhh3..=)



BF BARU

Hai blogger..  wa ade benda nak cite ni..  meh dekat sikit... Wa kan dah ade BF baru.. *blushing*
hahahaha  Nak tahu sape Bf baru wa.. haaaa gambar kat bawah tu.. 


Actually, aku tak plan langsung nak beli handphone hari tu dan model jenis ni.. Seriously..
Mula-mula ingat nak angkut hp Nokia Asha 303 tapi Xperia X8 juga akhirnya..


Tapi kan......

Bf lame aku ni sentiasa dalam hati kot..hahah dah banyak sangat berjasa ngan aku.. Hampir nak 4 tahun jugak..Ade member yang suruh jual tapi tak nak ar.. Sayang gila kot kat Mr. Sony K aku ni.. 
Mane tak sayangnye.. Aku beli hp ni hasil duit titik peluh aku berkeje sendiri..Haruslah kena simpankan..
By the way, thanks a lot H.I bawak aku dengan Z.J jalan-jalan pusing Putrajaya then ke tempat yang memang kita tak plan pun nak pergi.. I enjoy it.. Ni semua gara-gara kelas HIE cancel.. Ingat nak balik hostel terus tido tapi dah kena nasihat, langsung tak jadi..hahaha

HAPPY BIRTDAY J.A

Happy birthday J.A ...
Dua hari lepas birthday dia.. So, tak ada ar terlambat sangat nak post entry kali ni kan untuk dia.. Actually, dia kawan baru aku.. Aku tahu pasal dia pun daripada kawan aku.. Sejak dari tu ar aku kenal manusia bernama J.A ni. tapi tak pernah bertegur depan2 pun..Setakat kat twitter dan facebook je..  
Mase mula-mula aku nampak dia ni, sumpah ar aku cakap, dia nampak sangat arrogant.. Tapi bila dah kenal dia, agak peramah rupanya.. hehehe sampaikan tak terlayan bila dia dah start bercerita..  So, don't judge a person by its face bak kata orang kampung aku..hahaha 
Once again, happy birthday J.A... May Allah bless you.. =)


SURPRISE

Bila ingatkan balik, boleh pengsan 3, 4  kali agaknye sebab terkejut.. hahhaha
Tengah sedap-sedap tido dapat plak call daripada dia kata dah tunggu kat bawah..
Bawah mana? * Blurr + mamai terus tinjau bawah katil.. hahaha sabar jelah..
Ingat kan die gurau je, tapi lepas tinjau punye tinjau memang betul pun. heeeee


Tapi kesian kat orang tu kena tunggu lama sangat sebab aku nak bersiap..
*padan muke nak wat surprise lagikan..=D
By the way, thanks a lot sayang.. Terharu + appreciate.
*Lain kali buat lagi.. sukeww sangat..

#Chill minum neskafe ais with roti planta..  dapat jugak..=)

HARI ITU..

Ini minggu lepas punye cerita..


Toiletmate ajak makan meatball.. Sedap katenye.. So, nak makan meatball punye pasal sanggup meredah pergi IKEA Damansara..  Dah sampai sana, parking kereta then apa tunggu lagikan, perut masing-masing pun dah mengeluarkan irama rock..hahahha  kita serbuuuuuuuu

Nak makan meatball pun ade gak halangannye.. hahahah nak tau? haa tengok gambar kat bawah ni..

         Ramai gileww orangnye taww.. 

Aku dah naek kebulur nak tunggu meraka-mereka ni blah daripada tempat duduk tu.. hahaha Ok fine korang tak habis makan lagi.. tak pe kteorg tunggu.. Tapi bila dah habis makan, cepat2 ar blah.. Ramai lagi kot yang nak makan.. Ni nak tengok kau termenung plak dulu kat meja makan tu.. 
B'timbang rasa ar sikit.. 
Kita kan rakyat Malaysia..=P

Akhirnye.. lepas dah beratur panjang then dapat tempat duduk.. inilah hasilnye.. Taraaaaa

 Yummy.. meatball itu sangat sedap.. heeee nak lagi nak lagi..

Bila dah masuk je meatball tu dalam mulut, ya ampunnn.. sedapnyeeeee Sampai toiletmate aku tegur, 
"Aikk, senyap je Ika ni makan meatball".. "Tengah menikmati kesedapan meatball ni, tu pasal aku senyap..hahahha"..  Nanti korang try ar makan meatball ni nak tau sedap tak sedap kan.. murah je. 
So, bila perut dah kenyang, hati pun makin senang, kteorang pun terus ke destinasi seterusnye.. 
B'shopping.. * tak payah nk shopping sangat ler. duit pun tak ade.. cuci-cuci mate je sudah.. hehehe

Bila dah banyak tempat singgah, badan pun dah letih, balik ar.. Nak tunggu apa lagi kan.. 


Jam ar plak.. Sabar ye Fatin.. Kamu kan driver yang b'hemah.. kita redah je..heheh Apa-apa pun thanks a lot guys.. Happy sangat dapat chill ngan korang.. =)